facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

AYAH Cuak Abg Baru Meninggal. Bila Jumpa Doktor Jadi Lebih CUAK. Ini PUNCANYA !!! Sian Kat Ayah...

Nama aku Din. Umur dah 26 tahun tapi aku masih duduk dengan mak ayah aku di Guar Chempedak. Anak tunggal. Korang mesti ingat aku ni jenis perabis beras mak ayah je kan.

Tak la. Dah aku kerja kat Petronas Gurun, takkan nak menyewa pulak. Rumah mak ayah dah dekat. Belum kahwin lagi lak tu huhu. Lagipun boleh la aku jaga mak ayah aku yang dah pencen ni.



Aku nak bagitau yang keluarga aku ni memang ada sejarah penyakit kencing manis atau dalam bahasa mediknya penyakit diabetes. Memang dah ada dalam DNA kitaorg kot. Atuk aku belah mak dan ayah meninggal dunia, asbabnya sebab penyakit kencing manis. Pakcik aku iaitu abang ayah aku baru je meninggal tahun lepas yang asbabnya adalah kencing manis jugak.

Korang jangan la melawak kata takpe la ada penyakit kencing manis asalkan senyuman mulut pun manis. Kencing manis ni memang antara asbab utama kematian ramai penduduk Malaysia kot. Punca kesedihan ramai orang. Aku ni pun dah tau sejarah keluarga memang sangat jaga-jaga pemakanan, takut-takut la kan. Sebabnya ada sorang sepupu aku umur 12 tahun pun dah kena kencing manis. 

Tak tipu beb. Tapi salah mak bapak dia gak. Dah tau ada keturunan kencing manis, depa dok bagi jugak budak tu banyak minum air gas. Dah nak budak, memang suka la benda-benda manis. Aik berjela lak aku tulis. Sebenarnya aku nak cerita pasal kisah ayah aku ni. Bila pakcik aku meninggal tahun lepas, dia dah dok cuak-cuak. 

Mana taknya, dia dah pantang, tapi bacaan gula dia tak stabil. Asyik-asyik paras bahaya je. Bila jaga makanan betul-betul (dia xmo makan), gula macam okay tapi masalah lain pulak; muka dia pucat sebab hypo. Jadi serba salah. Temujanji berkala klinik kesihatan memang dia selalu mai. Selalu la jugak dia kena “leter” dengan doktor. Tapi masih lagi masalah.

Satu hari aku ada la terbaca kat FB tentang kisah viral doktor rawat diabetes di Poliklinik Mesra. Dekat je klinik ni. Tak sampai 30min dari umah kami. So aku pun bawa la ayah aku mai dapatkan rawatan dan konsultansi camna nak bagi stabil paras gula ni. Dah mcm2 cara guna. Tak berkesan. Sian tengok ayah. 

Dia macam tak berapa ceria. Lepas berbincang dengan doktor tentang kondisi ayah, baru kami faham yang selama ni rupa-rupanya ayah telah amal diet pemakanan yang salah. Ubat pun main ikut suka je makan. Tak ikut yang sepatutnya. Patut la. Lepas diberi penerangan panjang lebar dalam bahasa yg mudah faham (yang ni memang aku respek kat doktor ni) untuk orang kampung macam kami, doktor tanya nak ubat mahal ke atau ubat yang sederhana.

Ish doktor ni tanya camtu pulak. Aku jawab ubat paling bagus la. Pastu dalam hati gentar gak. Mana la tau dia bagi pulak ubat harga ratus2 ringgit tak ke haru aku nanti. Bila tengok bil, terkejut aku. Apa pasal murah sangat ni. Ke dia bagi ubat murah. Lepas tanya-tanya, sebab ada diskaun 10%. Ayah kan dah pencen. Oooooo.

Aku ni kan takut jugak kalau-kalau klinik ni bagi ubat tak berkualiti ke kan. So aku bawa la ubat-ubat tu saja check kat farmasi yang aku selalu gi. Ahli farmasi tu bagitau ubat-ubat tu original dan diimport dari luar. Kira kualiti tinggi la. Selesai satu perkara. Sekarang nak tau mujarab ke dak.

Dipendekkan cerita, dah sebulan ayah makan ubat tu. Alhamdulillah gula ayah pun makin stabil. Ayah pun nampak makin ceria. Betul la orang cakap, pencegahan lebih elok dari mengubati. Key pointnya: Jangan la sampai kaki dah hitam baru nak mai. Memang susah nak ubat dah. Sekarang ayah buat temujanji berkala dengan klinik ni je. Memang berbaloi. Alhamdulillah. Kita punya usaha, Allah punya kuasa. Bawah ni info klinik viral kat FB tu bagi yang tak tahu lagi. Din Guar via IIUM.

2
3
4
4
loading...
AYAH Cuak Abg Baru Meninggal. Bila Jumpa Doktor Jadi Lebih CUAK. Ini PUNCANYA !!! Sian Kat Ayah... AYAH Cuak Abg Baru Meninggal. Bila Jumpa Doktor Jadi Lebih CUAK. Ini PUNCANYA !!! Sian Kat Ayah... Reviewed by suka hati on 4:06 pm Rating: 5
Powered by Blogger.