INGAT Lagi Insiden Pelajar Perempuan Putus Kaki Digilis Lori? Keadaan Terkini Buat Orang Selangor TERGAMAM !!! SILA TENGOK SENDIRI...

MASIHKAH anda ingat lagi insiden seorang pelajar perempuan tingkatan satu putus dua kakinya selepas digilis lori ketika pulang dari sekolah berdekatan Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 18 Januari lalu?

Setelah hampir setahun insiden itu berlaku, Siti Nuraisyah Sahrin atau mesra disapa sebagai Ecah kini aktif melibatkan diri dalam sukan paralimpik.

Lebih membanggakan, gadis berusia 13 tahun ini baharu sahaja memperoleh pingat perak dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016 yang diadakan di  Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Kemenangan itu sekali gus membuatkan dirinya ditawar untuk bersekolah dan menjalani latihan di pusat terbabit. Ecah bagaimanapun memberitahu, dia mahu berfikir dahulu sebelum membuat tawaran.
“Saya akan fikirkan dulu dan bincang bersama emak dan ayah. Selepas mengikuti pertandingan ini, saya semakin bersemangat untuk berlatih,” katanya.
Dalam pertandingan itu, Ecah selaku wakil tunggal Selanggor menyertai kategori wanita 50 kilogram (kg) dan berjaya melepasi angkatan 37kg. Dia juga merupakan peserta termuda pertandingan tersebut.
Pada 18 Januari lalu, Ecah bersama kakaknya sedang perjalanan pulang dari sekolah menaiki motosikal sebelum dilaporkan terjatuh akibat dilanggar sebuah kereta. Dia yang terjatuh ke tengah jalan tidak sempat bangun sebelum digilis sebuah lori yang dipercayai membawa muatan tanah.
Sumber: Harian Metro
INGAT Lagi Insiden Pelajar Perempuan Putus Kaki Digilis Lori? Keadaan Terkini Buat Orang Selangor TERGAMAM !!! SILA TENGOK SENDIRI... INGAT Lagi Insiden Pelajar Perempuan Putus Kaki Digilis Lori? Keadaan Terkini Buat Orang Selangor TERGAMAM !!! SILA TENGOK SENDIRI... Reviewed by suka hati on 4:44 pm Rating: 5

3 comments:

Powered by Blogger.