BENARKAH INI Tapak Kaki Gergasi Nabi Adam Di Afrika Selatan?


Apa yang anda lihat ini bukanlah penemuan yang baru. Ia dikesan sejak tahun 1912 oleh seorang pemburu bernama Stoffel Coetzee.


Cuma tidak dapat dipastikan kebenaran di sebalik bentuk yang menyerupai tapak kaki manusia.

Bagi yang mempercayai teori-teori ganjil, mereka beranggapan ia adalah tapak kaki gergasi yang datang dari angkasa lepas.

Namun, bagi yang tidak pula berkata ia terjadi akibat hakisan yang secara kebetulan membentuk tapak kaki.

Batu yang dianggarkan berusia antara 200 juta hingga 3 bilion tahun itu berada di Pekan Mpaluzi di Afrika Selatan.

Kalau diambil pandangan Islam; Sabda Rasulullah SAW:

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini.” (HR. Bukhairi)

Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter. Hampir mencapai 30 meter. Wallhu’alam.

Berdasarkan hadith tersebut menjelaskan bahwa tinggi Nabi Adam a.s adalah 60 hasta ((1 kaki = 30 cm, 1 hasta = 1,5 kaki, jadi 60 hasta = 90 kaki = 30 meter).

Tidakah saiz manusia berdasarkan hadis berkenaan menyamai saiz tapak kaki berkenaan? Namun, semuanya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.



BENARKAH INI Tapak Kaki Gergasi Nabi Adam Di Afrika Selatan? BENARKAH INI Tapak Kaki Gergasi Nabi Adam Di Afrika Selatan? Reviewed by suka hati on 8:24 am Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.