facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

PENZINA BAKAL DI HUKUM SEBAT DI TEMPAT AWAM DI NEGERI KELANTAN?


KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan Datuk Hassan Mahamood (Pas-Tawang) adalah baik kerana ia mampu menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.

"Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan kesalahan berkenaan.

"Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini terlebih dahulu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian sidang Dun Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.

Semalam Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V mencadangkan agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi memberi pengajaran kepada pesalah zina.

Mohd Nassuruddin berkata, pada masa ini hukuman sedia ada bagi pesalah zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap pesalah.

Sebat pesalah zina depan masjid

Kerajaan negeri disarankan supaya mempertimbangkan cadangan mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah yang melakukan persetubuhan haram sebagai langkah pencegahan serta menginsafkan rakyat.

Saranan tersebut disuarakan Datuk Hassan Mahmood (Pas-Tawang) ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Cadangan tersebut diutarakan semasa beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu.

“Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu,” katanya semalam.

Beliau juga mengesyorkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan lebih baik jika boleh dilaksanakan di hadapan masjid.

“Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah,” katanya.

Beliau juga turut memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah, yang mana kes melibatkan hukuman sebat ke atas seorang lelaki di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan melakukan persetubuhan haram.

“Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas,” katanya.

Contoh lain pula, pada 6 September 2015 seorang lelaki yang melakukan persetubuhan haram dikenakan enam sebatan yang disaksikan jemputan khas.

“Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang.

“Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama,” katanya.
loading...
PENZINA BAKAL DI HUKUM SEBAT DI TEMPAT AWAM DI NEGERI KELANTAN? PENZINA BAKAL DI HUKUM SEBAT DI TEMPAT AWAM DI NEGERI KELANTAN? Reviewed by azaril on 11:01 pm Rating: 5
Powered by Blogger.