8 MASALAH INI KERAP DIALAMI WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum..



Tahniah untuk semua kawan-kawan yang sedang hamil.Bahagia je tengok kawan2 yang hamil ni yang sentiasa update status tentang perjlaanan sepanjang kehamilan . kadang2 ianya memberi sedikit ilmu pada bakal ibu2 yang lain jugak.

Tapi orang kata, yang mengalami nya saja yang tahu.Tak semua orang mengalami pengalaman mengandung yang indah sahaja.Ada ramai wanita yang sepanjang kehamilan nya ada saja masalah Ini senarai masalah yang mungkin akan dialami dialami oleh ibu-ibu sepanjang kehamilan

1-mual dan muntah-Biasa terjadi akibat terbau sesuatu sepeti bau makanan dan bau wangi-wangian

2-Hyperemersis Gravidarum-Berbeza dengan mual dan muntah,Hyperemersis Gravidarum adalah keadaan di mana anda akan muntah sepanjang hari akibat mual yang berlebihan. keadaan ini juga menyebabkan penurunan berat badan 1-2 kg setiap bulan.

3-sembelit- Peningkatan hormon progesteron menyebabkan ibu hamil mudah mengalami sembelit.Sembelit sering terjadi pada trimester ke 3 , ketika perut semakin membesar dan menyebabkan tekanan pada rahim yang mempengaruhi usus kecil dan besar.

4-kaki bengkak- Atau lebih dikenali sebagai edema biasa dialami ibu hamil pada usia kehamilan 7 bulan.Ianya tidaklah membahayakan kesihatan namun ia akan membuatkan ibu hamil berasa tidak selesa.

5-Stretch Mark- timbul Stretch Mark di bahagian perut, peha dan pinggul .Berbentuk garis-garis seperti anak sungai.Ianya disebabkan kenaikan berat badan ketika hamil.Stretch Mark juga membuatkan bahagian tersebut gatal.Jika di garu keadaan kulit akan berparut dan ianya sukar dihilangkan walau selepas bersalin.

6-Keluar cairan coklat- Kehamilan yang sihat dan normal biasanya tidak akan mengalami masalah keluar cairan coklat.Jika mengalami masalah ini anda harus berhati-hati kerana kebanyakan kes seperti ini akan menjurus kepada keguguran.

7-Placenta Previa- 1 : 200 wanita hamil akan mengalami masalah pada peringkat awal kehamilan.Ianya keadaan di mana plasenta berada jauh di bawah rahim sehingga menutupi mulut rahim.Ibu hamil yang mengalami masalah ini akan mengalami pendarahan tanpa sakit, warna darah merah terang dan terus menerus keluar.Untuk keadaan ini anda akan di beri perhatian khusus oleh doktor dan anda perlu banyak berehat.

8-Darah tinggi dan lebihan protein dalam urine- Tekanan darah naik, bengkak pada wajah, kaki, tangan serta gangguan di saluran ginjal.Untuk masalah ini ibu hamil digalak kan menjaga berat badan supaya tidak naik mendadak.

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..
8 MASALAH INI KERAP DIALAMI WANITA MENGANDUNG 8 MASALAH INI KERAP DIALAMI WANITA MENGANDUNG Reviewed by azaril on 10:03 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.