facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu!

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik! Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar bagi lelaki!



Walaupun sebenarnya banyak lagi faktor lain, tapi dua perkara inilah yang biasanya menjadi punca utama, retaknya hubungan bahagia yang telah terjalin sekian lama.

Pertama
Sila teman suami waktu makan. TOLONG!

Kedua
Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha (ganti balik!) seberapa segera yang boleh. TOLONG!

1. Awak pandai masak?

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pulak buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, "Saya dah siapkan semua makanan kat dapur, tapi selera makan saya pulak takde, jadi saya mahu berehat sekejap, abang makan sorang la ye?"

Apa kejadah?!

Lalu makanlah si suami seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA!

Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!

Menurut penulis artikel ini yang telah merujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, apa yang terjadi sehingga berlaku perceraian?

Terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah:

Kau selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan-puan sekalian, kewajipan isteri bukan sekadar memasak, anda boleh beli makanan di kedai dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami akan mudah bergaduh dengan anda, phone seks dengan wanita lain, wechat/whatsapp dengan orang lain lalu bercerai, Nauzubillah min zalik.

Masih ingat lagi tak? Perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, mula-mula kahwin suami pun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Ada satu kisah, seorang pakcik yang bininya huduh! Tak lawa langsung! Mulut laser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik ni bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal.

Selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?

Jawab Pakcik tu, "Isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya dia tiada selera, dia tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis."

2. Malas Nak Seks Ke?

Sekarang bab teman tidur pula. Menolak ajakan bersetubuh dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami.

Bahkan, terdapat hadis yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadis lagi, jika suami ajak bersetubuh walhal anda sudah diatas unta (kereta pada zaman ini) puan wajib tunaikan, tetap tak boleh tolak! Giler punya penangan!!

Jika suami ajak bersetubuh dan andai kata puan-puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti demam, pening kepala, atau lain-lain, jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu.

Kalau boleh, lafazkan dengan kata-kata seperti, "Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!"

Ya Allah, kau tau tak, betapa cair dan berbunganya hati lelaki bergelar suami bila dengar kata-kata begini dari mulut isteri.

Insyaa-Allah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Sebenarnya tak perlu nak cerita panjang lebar bab ni, semua sudah faham tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.

Cukup sampai sini, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni.

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah ini baik baik..

Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik,
Jika selalu mengelak di ranjang.




loading...
2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu! 2 Sebab Penting Kenapa Suami Curang Isteri Wajib Tahu! Reviewed by azaril on 9:30 pm Rating: 5
Powered by Blogger.