‘Miss Nora’ isteri orang tawar servis seks seluruh negeri berjaya ditangkap

Miss Nora tawar khidmat seks di hotel seluruh negara ditahan
Miss Nora tawar khidmat seks di hotel seluruh negara ditahan
Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa negeri seluruh negara ditahan di hotel di Melaka Raya, di sini Sabtu lepas.
Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani, berkata wanita itu, yang menggunakan nama samaran ‘Miss Nora’, menawarkan aktiviti tidak bermoral menerusi media sosial dengan meminta pelanggan membuat bayaran deposit sebelum ‘menempah’ perkhidmatan itu.
Beliau berkata, wanita yang masih berstatus isteri itu berasal dari Pulau Pinang, ditahan menerusi serbuan anggota penguatkuasa JAIM hasil aduan orang awam, kira-kira 10.55 malam di bilik hotel berkenaan.
“Hasil pemeriksaan di bilik tersebut kami menemui sebotol pelincir, 14 kondom termasuk satu telah digunakan, wang tunai lebih RM6,000 dipercayai hasil aktiviti pelacuran yang dilakukannya, dua telefon bimbit serta sebuah laptop,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Rahimin berkata, sebuah buku log mencatatkan jadual perkhidmatan seks di setiap negeri yang ditawarkan wanita itu turut ditemui di bilik hotel tersebut.
Beliau percaya wanita itu bergerak ke setiap negeri secara bersendirian dengan menaiki bas. Katanya, wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri dan boleh didenda RM2,000 atau penjara dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

‘Miss Nora’ isteri orang tawar servis seks seluruh negeri berjaya ditangkap ‘Miss Nora’ isteri orang tawar servis seks seluruh negeri berjaya ditangkap Reviewed by azaril on 10:01 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.