facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Bedak Johnson & Johnson penyebab barah ovari, mahkamah arah bayar pampasan RM305 juta

Maut Barah Ovari Sebab Bedak, J&J Bayar RM305 Juta
Maut Barah Ovari Sebab Bedak, J&J Bayar RM305 Juta
Syarikat produk kosmetik antarabangsa Johnson & Johnson atau J&J telah diarahkan supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$72 juta (RM305 juta) kepada keluarga seorang wanita Amerika Syarikat (AS).
Mangsa yang meninggal dunia dalam usia 62 tahun pada Oktober tahun lalu mendakwa bahawa bedak talkum dijual syarikat berpangkalan di New Jersey, AS itu telah menyebabkan warga emas itu menghidapi barah ovari.
Ia merupakan kes pertama dalam lebih seribu kes yang dilaporkan pada setiap tahun, apabila para juri di sebuah mahkamah St. Louis, Missouri memutuskan bahawa syarikat gergasi tersebut diarahkan membayar pampasan.
Wanita berkenaan, Jackie Fox, dilaporkan media AS meninggal dunia akibat barah ovari pada tahun lalu setelah dia setia menggunakan bedak keluaran J&J dan produk serbuk talkum yang lain selama beberapa tahun.
Keluarga mendiang Fox dari Birmigham, Alabama mendakwa bahawa J&J sudah lama menyedari bahawa produk bedak yang dijual oleh syarikat tersebut sebenarnya boleh menyebabkan penyakit kanser kepada pengguna.
Namun pengeluar produk penjagaan kesihatan terbesar di dunia itu gagal untuk memaklumkan kepada setiap pelanggannya dan mereka berhasrat mengemukakan rayuan semakan susulan penghakiman kes berkenaan.
J&J ditubuhkan pada 1886 kini memiliki 250 buah anak syarikat serta beroperasi di 57 negara dan memasarkan produk di lebih 175 negara dengan nilai jualan tahunan AS$65 bilion (RM275 bilion). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber: Mynewshub

loading...
Bedak Johnson & Johnson penyebab barah ovari, mahkamah arah bayar pampasan RM305 juta Bedak Johnson & Johnson penyebab barah ovari, mahkamah arah bayar pampasan RM305 juta Reviewed by azaril on 8:05 pm Rating: 5
Powered by Blogger.