facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Awas! Puting tiruan lubuk kuman

PUTING antara cara ibu bapa menenangkan anak mereka.
PUTING antara cara ibu bapa menenangkan anak mereka.
Penggunaan puting tiruan seperti getah dan silikon bagi menenangkan anak yang meragam sememangnya menjadi amalan sebahagian besar ibu bapa bukan saja di negara ini, tetapi juga seluruh dunia.
Bagaimanapun, ramai juga ibu bapa yang enggan menggunakannya kerana berpendapat ia tidak bersih, sukar dipisahkan dengan anak apabila tiba masanya, selain bimbang ia boleh memberi kesan kepada pembentukan gigi yang teratur.
Berikut beberapa kebaikan dan keburukan selain tip berkaitan peng­gunaan puting untuk dijadikan panduan ibu bapa.
1. Ia mungkin menenangkan anak dan membantunya tidur.
2. Ia mungkin membantu mendidiknya untuk menghisap lebih kuat ketika minum susu ibu.
3. Menghisap puting dalam jangka lama mungkin menggalakkan bakteria daripada mulut bergerak ke tiub sempit antara bahagian telinga dan tekak.
4. Penggunaan puting tiruan boleh memberi kesan kepada struktur mulut dan menyebabkan mukus di bahagian tiub Eustachian pada bahagian tekak tidak dapat dikeringkan.
5. Penggunaan puting terlalu lama atau melebihi usia dua tahun boleh menyebabkan perubahan pada pertumbuhan giginya dan membuatkan gigi atas dan bawah tidak selari.
6. Yayasan Kesihatan Pergigian British menolak penggunaan puting, selain menggalakkan ibu bapa memastikan anak mereka tidak menghisap ibu jari sebagai ganti puting.
7. Terlalu lama menghisap puting juga boleh membuatkan kanak-kanak lambat bertutur dan tidak tahu membuat bunyi tertentu.
8. Jika memilih memberi puting pada anak, harus dipastikan ia disteril dan dibersih­kan sekerap mungkin.
9. Keadaan puting harus diperiksa selalu bagi memastikan ia tidak ada rekahan atau koyakan yang boleh memerangkap kuman.
10. Jangan sesekali mencelup puting dalam makanan manis, madu atau jus dalam usaha membuatkannya menghisap puting dan tidak menangis kerana ia boleh menyebabkan gigi mereput.

Sumber: Harian Metro
loading...
Awas! Puting tiruan lubuk kuman Awas! Puting tiruan lubuk kuman Reviewed by azaril on 8:10 pm Rating: 5
Powered by Blogger.