10 Fakta Mengenai Virus Zika Yang Harus Di Ambil Perhatian

virus zika
Organisasi kesihatan Amerika, Pan American Health Organization (PAHO) pada hari Selasa (26/1/2016) melaporkan bahawa kes virus Zika di sejumlah negara dan beberapa wilayah Amerika meningkat sehingga 22 kes. Sementara itu, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan wabak virus tersebut akan menular ke sebagian besar wilayah Amerika Latin, dan Caribbean serta kemungkinan besar akan menular ke seluruh negara di Amerika, kecuali Kanada dan Chile.
Virus Zika pertama kali dikenalpasti terdapat di Uganda pada tahun 1947 dan kes tersebut tidak membimbangkan sehingga virus itu mula menular ke Amerika hingga pada akhir tahun 2014. Berapa orang bayi telah dijangkiti virus tersebut dan ia merisaukan pihak kesihatan sedunia (WHO). Dikutip dari Yahoo.com, Kamis (28/1/2016) PAHO menjelaskan sebenarnya virus Zika memberikan kesan yang biasa pada penghidapnya, tetapi  menjadi virus yang membimbangkan kerana berkait rapat dengan kes kerosakkan otak pada bayi yang baru lahir di Brazil.
zika
zika
Dan berikut ini adalah beberapa fakta mengenai virus Zika:
1) Virus Zika merebak melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti, nyamuk yang sama yang juga menularkan virus demam berdarah, chikungunya dan demam kuning. Tidak ada vaksin untuk Zika.
(2) Virus Zika biasanya relatif ringan, seperti gejala ruam kulit, demam, kebas otot sendi, yang boleh mengakibatkan demam sehingga tujuh hari. Hal tersebut menjadi sebuah tanda bahawa orang yang menjangkiti virus Zika harus segera mendapatkan rawatan.
(3) Di Amerika tidak ada bukti bahawa virus Zika dapat menyebabkan kematian. Namun PAHO juga menjelaskan ada beberapa kes pada orang yang menghidapi penyakit lain sebelumnya, boleh menyebabkan kematian.
(4) Penyelidik dari Brasil dan WHO mengatakan ada bukti yang menghubungkan Zika denganMicrocephaly, gangguan neurologi di mana bayi lahir dengan kepala dan otak yang lebih kecil dari manusia normal. Tetapi, informasi tentang kemungkinan Zika dijangkiti dari ibu yang mengandung yang memberi kesan pada kandungan bila di lahirkan.
nyamuk
(5) Di timur laut Brasil telah terjadi peningkatan mendadak berkait kes bayi yang baru lahir terkena mikrosefali (microcephaly). Kementerian Kesihatan Brazil mengatakan dalam 10 hari jumlah kes mikrosefali pada bayi meningkat sekitar 360 kes.
(6) Brazil adalah negara yang memliki kes peningkatan untuk dijangkiti yang sangat tinggi, disusuli dengan columbia. Wabak Zika juga dilaporkan telah menular ke beberapa negara seperti Ecuador, El Salvador, Guatemala, Haiti, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Suriname, dan Venezuela.
(7) Kementerian Kesihatan Columbia mengatakan 13.500 orang telah dijangkiti virus Zika dan tahun ini mungkin akan merekodkan 700.000 kes.
(8) Presiden Columbia Juan Manuel Santos mengatakan, kira-kira ada 500 bayi yang dilahirkan dengan mikrosefali.
(9) Kementerian Kesihatan Columbia telah menyarankan para wanita di sana untuk tidak hamil selama enam bulan untuk menghindari risiko terkena virus Zika.
(10) Belum ada laporan virus Zika telah menyebar ke Jamaica, namun kementerian kesihatannya juga telah menyarankan para wanita untuk elakkan kehamilan selama enam sampai 12 bulan. El Salvador juga telah menyarankan agar para wanita menunda kehamilan hingga 2018.
10 Fakta Mengenai Virus Zika Yang Harus Di Ambil Perhatian 10 Fakta Mengenai Virus Zika Yang Harus Di Ambil Perhatian Reviewed by azaril on 10:51 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.