facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

KERANA SHAH RUKH KHAN, DILWALE TAK LAKU DI INDIA



Kalau tengok kat laman sosial di Malaysia, demam filem Bollywood masih tidak lagi reda.. Semua ini terjadi dek kerana filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol bertajuk ‘Dilwale’.. Memang sekarang ni, semua rakyat Malaysia sedang kena demam ‘Dilwale’..

Baru beberapa hari ditayangkan, filem itu telah mendapat kutipan pecah panggung di Malaysia.. Tetapi,  nampaknya semua itu 'hanyalah indah khabar dari rupa'.. Walaupun, filem itu mendapat sambutan hebat di negara kita..

Namun, filem itu telah dianggap satu filem yang gagal di negara mereka sendiri, India.. Di India, filem ini langsung tak mendapat kutipan pecah panggung.. Disebabkan hal ini juga,  media hiburan di sana melaporkan pengarah filem Rohit Shentty dan Shah Rukh Khan sudah bergaduh, kerana saling menyalahkan antara satu sama lain disebabkan kegagalan filem ini..

Filem ‘Dilwale' telah berjaya ditewaskan oleh filem ‘Bajirao Mastani’ yang dibintangi oleh Ranveer Singh.. Kalau korang rasa filem ‘Dilwale’ itu adalah satu filem yang sangat menarik, nampaknya tanggapan korang dah salah.. Korang kena tengok filem ‘Bahirao Mastani’ pula, lagi berganda-ganda menarik la kot.. Kalau tak, tak kan filem lakonan Ranveer Singh tu lagi laku dari filem lakonan SRK dan Kajol Kan???

Adakah perkara ini terjadi kerana salah Shah Rukh Khan? Sebelum ini, filem itu telah diboikot oleh para petani di India, kerana pelakon itu didakwa tidak menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu para petani melalui musim kemarau yang teruk.

loading...
KERANA SHAH RUKH KHAN, DILWALE TAK LAKU DI INDIA KERANA SHAH RUKH KHAN, DILWALE TAK LAKU DI INDIA Reviewed by azaril on 12:22 pm Rating: 5
Powered by Blogger.