facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

[Tempatan] Mati tertikam keris ketika persembahan silat kenduri kahwin


LABUAN: Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di sini, semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan. 

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang 
menyebabkan pendarahan yang banyak. 
Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak 
hospital jam 1.23 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri 
berumur 17 tahun . "Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan 
membuat pertunjukan silat menggunakan keris. 

Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan 
mangsa mengalami luka. 
"Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak 
dapat menyelamatkannya. 
"Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. 
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana 
menyebabkan kematian dengan cuai.



loading...
[Tempatan] Mati tertikam keris ketika persembahan silat kenduri kahwin [Tempatan] Mati tertikam keris ketika persembahan silat kenduri kahwin Reviewed by azaril on 9:27 pm Rating: 5
Powered by Blogger.