Hati-hati! Minyak wangi berjenama tiruan boleh sebabkan anda jadi mandul

PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK Kuala Lumpur memeriksa minyak wangi tiruan yang dirampas dalam serbuan di Chow Kit.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK Kuala Lumpur memeriksa minyak wangi tiruan yang dirampas dalam serbuan di Chow Kit.

Orang ramai boleh menjadi mandul kesan menggunakan minyak wangi berjenama terkemuka tiruan berikutan ada antaranya dicampur kimia beracun benzyl salycilate.


Difahamkan kimia bersifat wangi ini biasanya digunakan di dalam wangian diletakkan di bangunan atau campuran di dalam cecair pembersih lantai di rumah.
Kimia yang boleh menghasilkan bauan segar menyerupai buah strawberi ini disahkan pakar perubatan boleh merosakkan hormon seksual pada manusia serta menjadi penyebab kanser.
Kebiasaannya sindiket yang menghasilkan minyak wangi jenama terkenal tiruan akan mencampurkan kimia bersama alkohol dengan pelbagai kimia lain sebelum dipasarkan.
Dalam kes terbaru semalam, lima peniaga minyak wangi tiruan dan kosmetik jenama terkenal cetak rompak di Chow Kit di sini, diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro

Hati-hati! Minyak wangi berjenama tiruan boleh sebabkan anda jadi mandul Hati-hati! Minyak wangi berjenama tiruan boleh sebabkan anda jadi mandul Reviewed by azaril on 9:18 am Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.