Fakta Hebat! Ibnu Al-Haytham Ilmuan Islam Pencipta Pertama Kamera

Fakta Hebat! Ibnu Al-Haytham Ilmuan Islam Pencipta Pertama Kamera | Sebagaimana sedia maklum, banyak teknologi yang ada pada hari ini adalah hasil daripada idea dan ciptaan ilmuan Islam di Timur Tengah suatu ketika dahulu. Begitu juga dalam rekaan kamera yang asalnya dicipta oleh seorang ilmuan Islam bernama Ibnu Al-Haytham pada abad ke-10 Masihi.


Fakta ini sebenarnya diakui sendiri oleh sebuah akhbar di United Kingdom, The Independent, pada 11 Mac 2006. Artikel yang ditulis oleh Paul Vallely dibawah tajuk, 'How Islamic Inventors Changed The World', telah menyenaraikan 20 teknologi yang direka umat Islam sebelum ia dibawa ke negara Barat melalui gerakan tentera penjajahan di Eropah yang menamakan diri mereka sebagai tentera salib.


Menurut artikel tersebut, orang-orang Yunani purba percaya bahawa mata kita dipancarkan oleh cahaya seperti laser untuk membolehkan kita melihat. Oleh itu, individu pertama yang menyedari hakikat itu adalah saintis pertama di dunia, Ibnu Al-Haytham.


Semuanya bermula pada suatu hari, apabila dia perasan ada satu cahaya memasuki biliknya menerusi sebuah lubang kecil. Cahaya itu jatuh tepat ke dinding bertentangan dengan memantulkan objek berbentuk semi-nyata matahari kerana ketika itu sedang berlaku gerhana matahari.

Melalui pemerhatian itu, Ibnu Al-Haytham mendapati objek terbentuk dalam keadaan terbalik. ini kerana cahaya sebenarnya bergerak lurus menyebabkan ia bersilang ketika melalui lubang kecil sebelum memantulkan objek pada permukaan rata. Dia turut merumuskan bahawa semakin kecil lubang, semakin jelas imej yang dipamerkan.

Kitab Al-Manazir (Optik)
Menurut pakar optik itu dalam kitabnya, Al-Manazir (optik), teknik asas kamera adalah sama dengan cara mata kita bekerja. Imej yang dilihat juga terbalik tetapi saraf mata yang bersambung dengan otak mentafsirkan sesuatu objek dalam keadaan menegak dan bukannya terbalik.

Hasil eksperimen itulah yang membawa Ibnu Al-Haytham kepada suatu penemuan baru dalam sejarah perkembangan teknologi manusia. Bersama-sama Kamaluddin Al-Farisi, dia berjaya menghasilkan kamera pertama di dunia yang dikenali sebagai kamera Obscura atau Al-Bayt Al-Muzlim. Teknik kamera inilah yang diguna sebagai asas dalam pembuatan kamera hingga ke hari ini.

Sebenarnya, perkataan kamera itu sendiri datang daripada bahasa Arab iaitu Qamara yang bermaksud bilik. Manakala perkataan Obscura pula daripada bahasa latin yang bermaksud gelap.


Kamera Obscura pertama adalah sebuah bilik dengan lubang kecil disatu sisi. Cahaya dari luar akan melalui lubang dan memantulkan imej terbalik pada permukaan dinding bertentangan. Ibnu Al-Haitham atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hassan Ibnu Al-Haytham turut mengabadikan penemuan kamera Obscura ini dalam kitabnya yang diguna pakai di seluruh dunia hingga ke hari ini.

Teori-teori ini turut dikembangkan pakar matematik, astronomi dan fizik ini hingga membawa kepada penemuan lain yang turut diguna dalam panggung wayang.

Sekitar abad ke-16 Masihi, lebih kurang 600 tahun kemudian, Cardano Geronimo telah membawa konsep kamera Obscura ke negara Barat. Dia menukar lubang bidik kamera kepada lensa kamera. Menurut pendapat lain, Giovanni Batista Della Porta (1535-1615) dikatakan turut menggunakan lensa pada kamera Obscura.

Ada juga yang menyebut kamera Obscura telah diperkenalkan di negara Barat oleh Joseph Kepler (1571-1630). Kepler dipercayai telah melakukan inovasi terhadap kamera itu dengan menambah lensa negatif di belakang lensa positif hingga mampu membesarkan objek yang jauh.

Robert Boyle kemudiannya telah mereka bentuk semula kamera Obscura menjadi lebih kecil berbentuk kotak pada tahun 1665. Beberapa ratus tahun kemudian, buat pertama kalinya Joseph Nicephore Niepce telah berjaya menghasilkan 'still photo' menerusi kamera Obscura pada tahun 1827 di Perancis.

Pada tahun 1888, George Eastman telah mencipta kamera kodak sebagai tambahan kepada kamera asas Obscura. Sejak itu, perkembangan demi perkembangan bergerak maju sejajar perubahan semasa hingga ia dapat digunakan untuk berselfie setiap masa sebelum dimuat naik ke laman-laman sosial.... Hebat kan? - 

BIODATA RINGKAS IBNU AL-HAYTHAM

Nama        :Abu Ali Muhammad Bin Al-Hasan Bin Al-Haytham Al-Basri Al-Misri.
Gelaran     :Ibnu Al-Haytham
                 Alhazen, Avennathan, dan Avenetan
T/Lahir      :354 H bersamaan dengan 965 M
Tpt/Lahir   :Basrah, Iraq.
M/Dunia   :1039M.
Umur        :74 Tahun.
Fakta Hebat! Ibnu Al-Haytham Ilmuan Islam Pencipta Pertama Kamera Fakta Hebat! Ibnu Al-Haytham Ilmuan Islam Pencipta Pertama Kamera Reviewed by azaril on 10:41 am Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.