AWAS ,Jangan Sesekali Mengabaikan 5 Jenis Tanda-Tanda Anda Sedang Mendapat Penyakit !!!


Kita sering kali mengabaikan tanda-tanda penyakit serius, dan akibatnya, penyakit itu menjadi bertambah parah dan sukar untuk disembuhkan...

Berikut adalah lima gejala yang tidak boleh anda abaikan, kerana ia boleh jadi tanda anda menghidapi penyakit merbahaya, menurut laporan Daily Mail.

1. Keringat berlebihan

Menurut NHS, kebanyakan orang berpeluh sekitar satu liter sehari. Tetapi sebahagian antara kita menghasilkan keringat 10 kali lebih banyak dalam sehari.

Berpeluh terus-menerus - selain kerana mengalami tekanan atau melakukan kegiatan sukan - biasanya menunjukkan bahawa kelenjar keringat terus aktif.

Keadaan ini disifatkan sebagai hiperhidrosis. Ia boleh berlaku akibat jangkitan, atau memakan ubat-ubatan tertentu atau masalah hormon, ataupun sebab-sebab lain yang tidak diketahui.

2. Gerakan usus yang menyakitkan

Hal ini boleh terjadi akibat terlalu sering atau jarang membuang air besar. Ia seringkali disebabkan oleh buasir atau fisura (retakan tipis dalam epidermis atau epitel) di bahagian belakang tubuh.

Meneran kerana sembelit dapat memburukkan keadaan ini kerana ia boleh menyebabkan trauma kepada kawasan sekitarnya.

Adalah penting untuk mencegah sembelit yang serius, pendaraham atau jangkitan di kawasan tubuh itu.

3. Faraj yang berbau

Pertumbuhan bakteria berlebihan dalam faraj boleh menyebabkan organ itu mengeluarkan bau hamis. Kondisi ini disebut sebagai 'bacterial vaginosis'.

Biasanya, kondisi itu tidak menyebabkan masalah lebih lanjut, namun, jika itu terjadi pada waktu-waktu tertentu, seperti sepanjang kehamilan, ia dapat meningkatkan risiko bersalin lebih awal daripada yang dijangkakan.

Keadaan ini juga dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi menghidap penyakit jangkitan seks dan keradangan pada kawasan pinggul.

4. Perut kembung

Meskipun keadaan ini sering tidak berbahaya, perut kembung juga dapat disebabkan oleh penyakit serius. Ia boleh terjadi akibat penyakit coeliac atau fibroid.

Penyakit coeliac adalah intoleransi terhadap protein gluten dalam makanan, yang menjejas 1 dalam 100 orang. Ia juga ada kaitan dengan fibroid, tumor yang tidak menyebabkan barah dan tumbuh di dalam atau sekitar rahim.

5. Sering kencing

Keadaan ini boleh terjadi akibat pundi kencing yang terlalu aktif, yang dikenali sebagai "urge incontinence." Ia juga boleh terjadi akibat "stress urinary incontinence" atau sukar mengawal pembuangan air kencing yang disebabkan oleh peningkatan tekanan pada perut kerana melakukan sukan.

Selain itu, lain-lain sebab seseorang menghidapi masalah ini termasuk memakan ubat-ubatan tertentu, otot-otot pinggul yang lemah, jangkitan kencing, dan lain lagi....
AWAS ,Jangan Sesekali Mengabaikan 5 Jenis Tanda-Tanda Anda Sedang Mendapat Penyakit !!! AWAS ,Jangan Sesekali Mengabaikan 5 Jenis Tanda-Tanda Anda Sedang Mendapat Penyakit !!! Reviewed by azaril on 11:57 am Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.