facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Suami isteri bunuh dan tanam anak sendiri di lantai dapur rumah dihadapkan ke Mahkamah

Suami isteri bunuh dan tanam anak sendiri di lantai dapur rumah dihadapkan ke Mahkamah
Suami isteri bunuh dan tanam anak sendiri di lantai dapur rumah dihadapkan ke Mahkamah
Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, masing-masing atas pertuduhan membunuh dan melupuskan mayat anak lelaki mereka dengan menanam di lantai dapur rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong, Mac lalu.
Penganggur, Loo Chon Wen, 33, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan membunuh Evan Loo Yong Shen, 9, yang dibacakan dalam bahasa Kantonis di depan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Sementara itu, Tan Boa Jia, 33, surirumah mengaku tidak bersalah atas tuduhan melupuskan barang kes dengan menanam mayat mangsa di dalam rumah bagi melindungi suaminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di No 26, Jalan 10 Taman Usaha Jaya, Kepong, 29 Mac lalu.
Pada 31 Mei lalu, myMetro melaporkan bahawa polis mengesahkan mayat ditanam di bawah lantai dapur rumah adalah budak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, dipetik berkata, hasil laporan bedah siasat juga mendapati mangsa sudah meninggal dunia sejak lapan minggu lalu (sebelum ditemui).
Jumaat, 29 Mei, polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian selepas rumah itu dikosongkan.

Sumber: Harian Metro
loading...
Suami isteri bunuh dan tanam anak sendiri di lantai dapur rumah dihadapkan ke Mahkamah Suami isteri bunuh dan tanam anak sendiri di lantai dapur rumah dihadapkan ke Mahkamah Reviewed by Unknown on 5:52 pm Rating: 5
Powered by Blogger.