facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

KESILAPAN MELETAK JARI KAKI KETIKA SUJUD DALAM SOLAT


sujud
Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat
Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dalam solat – Perasan atau tidak ketika sujud dalam solat ada bermacam cara meletak atau menyusun jari kaki kita di lantai. Ada yang letak di hujung kuku, ada yang bersilang dan bermacam-macam lagi.Pada kali ini jom kita tengok bagaimana kedudukan sebenar jari kaki kita ketika sujud.
Kedudukan yang betul (tengah) ialah dengan melipat hujung jari kaki sehingga perut jari kaki itu dirasa menyentuh ke bumi. Sekurang-kurangnya ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya( pada kedua-dua belah kaki). Jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh menjadi batal kerana ia merupakan anggota wajib yang 7. Justeru bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan.
Soalan: Kalau macam ini cara sebenarnya jadi selama ini tak sah lah solat saya?
Jawapan: Menurut Imam al-Nawawi Jika seseorang itu sengaja (tanpa uzur) tidak meletakkan perut hujung tapak jari kaki ketika sujud, maka tidak sah solatnya. Tetapi jika dia melakukan perbuatan tersebut disebabkan kejahilan dirinya atau keuzuran, maka solatnya diterima.
Sumber : Masjid Negara KL
loading...
KESILAPAN MELETAK JARI KAKI KETIKA SUJUD DALAM SOLAT KESILAPAN MELETAK JARI KAKI KETIKA SUJUD DALAM SOLAT Reviewed by Unknown on 1:16 am Rating: 5
Powered by Blogger.