facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ibu tergamak sumbat mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam plastik sabun TOP

Bayi dalam mesin basuh
Bayi dalam mesin basuh
Jeli: Seorang pembantu kedai berusia 23 tahun tergamak menyumbat bayi perempuan yang baru dilahirkannya dalam beg plastik sabun TOP sebelum menyembunyikan dalam mesin basuh rumah keluarga di Kampung Bukit Lakota, di sini.
Difahamkan suspek melahirkan bayi malang itu seorang diri petang semalam dan panik apabila mendapati dia tidak bernafas selain tiada tindak balas malah tidak menangis.
Berikutan itu, suspek dipercayai membungkus anaknya dalam beg plastik dan menyembunyikannya di dalam mesin basuh.
Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Ibu suspek tidak mengesyaki apa-apa sehingga suspek mengadu sakit perut dan dibawa ke Hospital Jeli pada 1030 malam semalam sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah.
“Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan teruk dan ujian air kencing menunjukkan positif mengandung,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan di rumah suspek kira-kira 3 pagi tadi menemui bayi cukup sifat dalam beg plastik yang disembunyikan di dalam mesin basuh.
“Kes masih dalam siasatan, manakala suspek dirawat di Hospital Tanah Merah,” katanya.

Sumber: Harian Metro
loading...
Ibu tergamak sumbat mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam plastik sabun TOP Ibu tergamak sumbat mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam plastik sabun TOP Reviewed by Unknown on 10:49 am Rating: 5
Powered by Blogger.