facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Gambar Anggota Bomba Seret Mayat Pendaki Gunung Kinabalu Tersebar

Misi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam mencari dan menyelamat mayat pendaki di Gunung Kinabalu sedikit tercemar selepas tersebarnya gambar mereka yang kononnya menyeret mayat di laman-laman sosial.
Sudahlah mereka bersabung nyawa sendiri demi menjalankan tanggungjawab, namun masih ada juga pihak yang mempertikai kerja-kerja mereka.
Sehubungan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi laman Facebooknya membuat penafian kononnya ada anggota mereka menyeret mangsa pendaki dan menegaskan ia tidak pernah berlaku.
“Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus-lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami.
“Tidak berlaku apa yang digambarkan itu, sebaliknya anggota penyelamat sedang menunggu rakan penyelamat lain untuk mengangkat bersama,” katanya.
Gambar tersebut menjadi viral apabila aksi salah seorang anggota penyelamat itu dirakam yang kononnya sedang menyeret mangsa salah seorang pendaki untuk dimasukkan ke dalam helikopter.
loading...
Gambar Anggota Bomba Seret Mayat Pendaki Gunung Kinabalu Tersebar Gambar Anggota Bomba Seret Mayat Pendaki Gunung Kinabalu Tersebar Reviewed by Zarith Sofea on 8:48 pm Rating: 5
Powered by Blogger.