facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

10 Fakta Penyanyi Sensasi Lagu Kun Anta, Humood Alkhuder Yang Digilai Para Gadis

Hanya kerana satu lagu, nama Humood Alkhuder melonjak naik serta-merta dan menjadi bualan hangat oleh orang ramai.
1. Warganegara Kuwait dan dilahirkan pada tahun 1989
“Nama saya Humood Alkhudher. Saya dilahirkan di Kuwait pada tahun 1989. Saya telah dikurniakan dengan seorang bapa berpendidikan, bijak, dan mesra, serta seorang ibu yang penyayang.”

10 Fakta Penyanyi Sensasi Lagu Kun Anta, Humood Alkhuder Yang Digilai Para Gadis
10 Fakta Penyanyi Sensasi Lagu Kun Anta, Humood Alkhuder Yang Digilai Para Gadis
2. Menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di Great Britain
“Ayah saya adalah seorang profesor dalam bidang psikologi. Dia menerima ijazah PhD dari Great Britain, yang mana saya menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanak saya di situ.”
“Ibu saya adalah seorang yang berpendidikan, mesra, dan kreatif. Dia selalu mendorong saya untuk sentiasa ke hadapan dalam mencapai matlamat saya, dan merupakan pengaruh serta sokongan yang besar sepanjang hidup saya.”

3. Menyedari bakat nyanyiannya sejak dari kecil lagi
“Saya bersyukur kerana dianugerahkan suara yang merdu dan bakat yang besar. Saya telah mencuba yang terbaik sejak umur saya 10 tahun lagi dalam meningkatkan kemahiran saya dan menyumbang sesuatu yang berguna kepada dunia ini.”
4. Mengambil jurusan Radio dan TV di Kuwait University
5. Memilih jalan menjadi seorang penyanyi bukan untuk mengejar populariti
“Kebanyakan orang fikir artis hanya mencari kemasyhuran, tetapi kenapa perlukan kaitkan teori ini kepada semua artis? Bohong kalau saya kata populariti tidak ada dalam fikiran saya, tetapi saya tidak pernah meletakkan itu sebagai matlamat utama.”
“Saya percaya bahawa lebih kemasyhuran yang anda peroleh dalam hidup, semakin besarlah tanggungjawab yang perlu dipikul.”
6. Matlamat utama hidupnya adalah untuk sebarkan positiviti, sifat-sifat kemuliaan, nilai-nilai murni, dan kasih sayang melalui lagu
“Saya percaya bahawa saya mempunyai tugas untuk mempertahankan agama, negara, dan masyarakat. Saya juga percaya bahawa Tuhan akan bertanya kepada saya pada hari kiamat kelak tentang bagaimana saya menggunakan “alat” yang telah disediakan untuk tujuan kebaikan.”
“Saya bekerja keras untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk hari itu. Sebab itu saya menyebarkan kata-kata salam, kasih sayang, akhlak, dan kerohanian Islam dalam semua lagu dan persembahan saya.”
7. Menyertai Awakening Records pada 1 Januari 2015 dan kini berada di bawah satu bumbung bersama Maher Zain, Mesut Kurtis, Raef dan lain-lain
Humood Alkhuder menandatangani perjanjian eksklusif dengan label rekod Awakening Records pada hari pertama Januari 2015, menyertai Maher Zain, Hamza Namira, Mesut Kurtis, Raef dan Harris J sebagai sebahagian daripada barisan artis di bawah naungan Awakening Records.

8. Mempunyai bakat dalam sukan bola sepak
9. Lagu Kun Anta nyanyiannya adalah yang paling mendapat perhatian ramai dan telah mengumpul lebih 12 juta views di YouTube
Humood Alkhuder kini berada di Kuala Lumpur dalam usaha mempromosikan album terbarunya berjudul Kun Anta sehingga Ahad, 14 Jun 2015. Jangan lepaskan peluang anda menontonnya di kaca TV!
Maklumat lanjut tentang Humood Alkhuder boleh anda dapatkan di:
Facebook Humood Alkhuder.
Instagram Humood Alkhuder.
Twitter Humood Alkhuder.
Awakening.org/humoodalkhuder/
10. BONUS: Humood Alkhuder dah kahwin!
“Ya, saya sudah berkahwin. Isteri saya sangat menyokong karier saya dan saya selalu meminta pendapatnya dalam pemilihan lagu dan hal-hal lain.”
“Cemburu itu satu sifat semula jadi yang ada dalam setiap wanita walaupun suaminya tidak terkenal. Isteri saya juga tidak terkecuali. Tetapi kami tidak mengalami sebarang isu besar dalam hal ini. Isteri saya sangat memahami mengenai skop pekerjaan saya.”
Kami harap para gadis semua tenang dan tidak jadi seperti dalam gambar di bawah ini selepas baca fakta ke-10 ya. Bak kata pepatah, “kumbang bukan seekor.” 😛

Sumber : Says
loading...
10 Fakta Penyanyi Sensasi Lagu Kun Anta, Humood Alkhuder Yang Digilai Para Gadis 10 Fakta Penyanyi Sensasi Lagu Kun Anta, Humood Alkhuder Yang Digilai Para Gadis Reviewed by Unknown on 1:25 pm Rating: 5
Powered by Blogger.