BUKAN HANTU TAPI TOK MAN

Batu Pahat: “Penunggu atau lembaga putih mereka maksudkan itu saya,” kata Sulaiman Mangat, 77, atau lebih dikenali sebagai Tok Man berhubung gambar viral di laman media sosial mendakwa kononnya ada lembaga putih menyerupai perempuan tua bertongkat di Jalan Ayer Hitam-Batu Pahat berhampiran Parit Khalil, di sini.Penyebaran gambar itu bukan saja menggemparkan penduduk kampung di situ, malah mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya selepas lembaga itu dikatakan menjadi punca kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.Menurut Sulaiman, dakwaan itu ternyata tidak benar kerana lembaga putih dimaksudkan itu adalah dirinya yang sedang dalam perjalanan ke Surau Sentosa Parit Khalil Laut, jam 5.45 pagi menunaikan solat Subuh.Katanya, secara kebetulan dia pada pagi itu menggunakan jalan pintas dikelilingi pokok sawit dengan memakai jubah dan serban berwarna cerah.“Mungkin apabila saya keluar dari celah pokok sawit itu dan ditambah dengan pakaian serba putih, ia mengejutkan penduduk berhampiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 8:52 AM






BUKAN HANTU TAPI TOK MAN BUKAN HANTU TAPI TOK MAN Reviewed by Zarith Sofea on 3:14 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.