facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

SUBHANALLAH!! Kubah Hijau Makam Nabi Muhammad SAW Di Masjid Nabawi Bertukar Merah?


Setiap hari tentu  ada sahaja cerita yang menarik atau yang pelik dikatakan terjadi di bumi Haramain. 

Dalam zaman sekarang di mana ftinah berleluasa melalui media sosial yang luas penyebarannya melalui Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya, mudah sebaran berita seperti kilat. Begitu cepat sebarannya tanpa kita siasat  terlebih dahulu kesahihannya sebelum dikongsikan.

Video yang telah menjadi viral di Facebook dikatakan terjadinya satu kejadian yang ajaib berlaku ke atas kubah hijau Masjid Nabawi. 


Pengunjung mendapati munculnya warna kemerah-merahan di bahagian atas kubah masjid Nabawi. Semua berasa kehairanan atas kejadian tersebut. Ajaibnya. ada  juga yang mengatakan ia menunjukkan tanda kemarahan Nabi. 


Malah ada juga yang menyebut ia petanda munculnya Imam Mahdi. Banyak lagi andaian-andaian yang tidak ada kesahihan cerita diperkatakan.

Namun jawapan sebenarnya yang diberikan oleh pegawai pengawal yang menjaga Masjid Nabawi di pintu Bab Bilal dan Bab Quba.

Inilah jawapan mereka

Sebenarnya, apa yang berlaku adalah cahaya berwarna merah yang kelihatan  pada kubah hijau tersebut, berpunca daripada pantulan cahaya lampu merah yang terdapat berdekatan kubah hijau itu. Lampu tersebut telah 30 tahun tidak dinyalakan. Pada waktu dahulu ia sering dinyalakan bagi tujuan utnuk menujukkan tanda masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa pada bulan Ramadhan.

Semalam, semasa video tersebut dirakamkan dan disebarkan, lampu merah tersebut telah dinyalakan atas perintah arahan oleh pihak atasan Masjid Nabawi selepas solat Isyak. 


Benar ketika lampu itu dipasang, ramai jemaah yang telah berkumpul di situ. Mereka berasa hairan apabila melihat terjadi perubahan warna pada kubah hijau itu. 

Kesimpulannya, perubahan warna hijau kubah kepada cahaya berwarna merah itu adalah satu perkara biasa. Ia tiada kaitan dengan apa juga peristiwa atau keajaiban.

Justeru, hendaklah kita mengkaji dahulu ketepatan apa jua berita sebelum ia hendak disebarkan. 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

" Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu ”.

Lihat Video di bawah

Wallahualam
loading...
SUBHANALLAH!! Kubah Hijau Makam Nabi Muhammad SAW Di Masjid Nabawi Bertukar Merah? SUBHANALLAH!! Kubah Hijau Makam Nabi Muhammad SAW Di Masjid Nabawi Bertukar Merah? Reviewed by Unknown on 2:31 pm Rating: 5
Powered by Blogger.