facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kerana Viral Maklumat Seorang Bikers Berjaya Didedahkan Oleh Orang Ramai




Semalam netizen dikejutkan dengan penyebaran video seorang bikers yang bertindak meludah seorang pekerja Petronas yang menegurnya untuk mengalihkan superbike yang menghalang kenderaan lain. 


BACA: BIKERS LUDAH PEKERJA PETRONAS (Kredit by Thehypermedia)


Ekoran dari penyebaran itu, ramai yang tampil mencari maklumat lelaki itu dan segala maklumat yang berkaitan turut didedahkan seperti nombor kad pengenalan, nama sebenar, alamat rumah dan maklumat lain yang berkaitan.


Facebook lelaki itu juga dipercayai telah diserang oleh orang awam yang geram serta marah dengan tindakan biadabnya itu. 


Bimbang dengan keselamatan diri dan enggan memanjangkan cerita, lelaki itu tampil di stesen yang sama dan meminta maaf dengan pekerja Petronas yang menjadi mangsa ludahnya. 


Alhamdulillah, kami turut gembira mendengar berita kedua-duanya telah berdamai dan berharap tiada lagi kejadian seumpamaan ini berlaku. 


Moralnya, belajarlah menerima teguran dengan hati yang terbuka. Manakala pihak yang menegur pula haruslah menegur dengan cara yang baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



Walaupun kedua-dua pihak telah berdamai, ada sesetengah netizen masih lagi melemparkan komen-komen kesat terhadap lelaki itu. Nasihat kami, sudah-sudahlah, jangan mengeruhkan lagi keadaan.
loading...
Kerana Viral Maklumat Seorang Bikers Berjaya Didedahkan Oleh Orang Ramai Kerana Viral Maklumat Seorang Bikers Berjaya Didedahkan Oleh Orang Ramai Reviewed by Unknown on 5:26 pm Rating: 5
Powered by Blogger.