facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kenapa Hanez Suraya tidak bersolek sebelum bernikah

KUALA LUMPUR: Seri pengantin Hanez Suraya saat bergelar isteri pada 14 Mac lalu dipuji ramai.

Solekan jurusolek kesayangannya, Chomel ternyata membuatkan wajah isteri kepada Romie Razin Adilha itu yang cukup putih gebu begitu jelita sekali.

Hanez sendiri menyedari perkara berkenaan dan memanjat kesyukuran kerana bagi setiap pengantin baru salah satu keindahan pada hari bahagia mereka ialah terserlahnya seri pengantin. Hanez begitu anggun dengan persalinan Wanpa dan Najeeb Ibrahim.


Majlis menyambut menantu akan dilangsungkan pada hari ini di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang. Keesokannya pula dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Sime Darby.

"Saya sempat berseloroh dengan Chomel, agaknya apa yang dia amalkan hingga saya begitu berseri. Dia jawab, dia tatarias saya dengan penuh keikhlasan. Secara jujurnya saya sempat amalkan petua orang lama dan berpengalaman.

"Empat hari sebelum bernikah, saya tak bersolek langsung. Saya biarkan wajah polos. Tengoklah wajah saya masa majlis berinai memang saya tak mekap beriya-iya. Lucunya apabila saya keluar rumah, orang tegur muka saya macam tak bersiap," katanya.

HANEZ ketika memakai inai

Ditanya mengenai kehidupannya kini selepas bergelar isteri, Hanez memberitahu beliau kini begitu tenang. Sekalipun kisah peribadinya bersama Romie dikecam dahulu, Hanez tidak mahu ambil pusing.

"Saya sudah ada suami di sisi. Paling penting ada dua orang anak segera (anak hasil perkongsian hidup Romie dengan perkahwinan terdahulu) bernama Putera Adreeshah (9 tahun) dan Putera Rayqarl (3).

"Buat sementara waktu sehingga menanti selesainya majlis Sabtu dan Ahad ini, saya bersama suami dan anak tinggal di Shah Alam. Itu rumah Romie. Kami merancang untuk tinggal di rumah lain tak lama lagi.
loading...
Kenapa Hanez Suraya tidak bersolek sebelum bernikah Kenapa Hanez Suraya tidak bersolek sebelum bernikah Reviewed by Unknown on 4:54 pm Rating: 5
Powered by Blogger.