facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

BAYARAN MEWAH! WARTAWAN DEDAH PERANGAI SEBENAR JEP SEPAHTU!

Pelawak, Jep (Sepahtu) dilaporkan pernah menolak tawaran lumayan dari sebuah stesen televisyen yang ingin mengambilnya sebagai artis eksklusif kerana tidak mudah terpedaya dengan bayaran yang lumayan.



Nama sebenar, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 30, berkata, dia berkecimpung dalam industri seni tanah air bukan kerana wang semata-mata.

"Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," ujarnya.

Jep kini sudah mampu hidup selesa bersama dengan keluarganya.

Menurut Jep, dia tidak boleh hidup dalam keadaan tertekan terutamanya apabila timbul pelbagai berita buruk yang mengaitkan dirinya.

"Hidup saya simple, saya selalu berada di kampung saya di Kulai (Johor) dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong, itu pun saya hanya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain-lain itu hanya kawan biasa," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Jep juga mendedahkan sesetengah gosip buruk yang mengaitkan dirinya juga datang dari kalangan orang dalam industri yang sama, namun Jep meminta agar mereka bersabar.

"Kalau ada yang cemburu dan buat cerita buruk tentang saya, saya nasihatkan agar mereka bersabar. Hidup ini macam roda dan saya akan turun sendiri, tidak perlu jolok-jolok saya," katanya.
loading...
BAYARAN MEWAH! WARTAWAN DEDAH PERANGAI SEBENAR JEP SEPAHTU! BAYARAN MEWAH! WARTAWAN DEDAH PERANGAI SEBENAR JEP SEPAHTU! Reviewed by Unknown on 3:34 pm Rating: 5
Powered by Blogger.