facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

[3 Gambar 20 SG] Akibat Tangan Termasuk Dalam Mesin Air Tebu

Berikut ini adalah paparan yang akan menyinggung EMOSI, HATI dan PERASAAN anda. Kami sarankan agar anda tidak meneruskan untuk melihat foto foto berikutnya.


11/3/2015 -  Seorang remaja terpaksa menahan kesakitan apabila tanganya termasuk ke dalam mesin air tebu. 

Kejadian yang berlaku di Taman Gurun Jaya Kedah sedang di bantu oleh orang awam sebelum anggota penyelamat tiba.

KEMASKINI


Gurun: Empat jari tangan kiri remaja lelaki dipercayai hancur apabila tersepit ke dalam mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Gurun Jaya, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari ketika mangsa Mohd Faizullah Norazham, 18, sedang berniaga air tebu di kawasan perumahan itu.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa sedang berbual dengan seorang rakan yang datang ke gerainya itu.

"Ketika sedang berbual, secara tiba-tiba pergelangan tangan kirinya itu termasuk dalam mesin pemerah tebu berkenaan.

"Mangsa yang panik ketika itu hanya mampu menjerit meminta bantuan sebelum rakannya itu bertindak mematikan suis mesin berkenaan," katanya.

Katanya, berikutan itu mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dengan ambulan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang kejadian itu. - HM

Sumber asal :-


loading...
[3 Gambar 20 SG] Akibat Tangan Termasuk Dalam Mesin Air Tebu [3 Gambar 20 SG] Akibat Tangan Termasuk Dalam Mesin Air Tebu Reviewed by Zarith Sofea on 2:56 pm Rating: 5
Powered by Blogger.