facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
loading...

(2 GAMBAR) Bayi ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu


Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka...

Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya...

Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya..

Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao...

Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao...


Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.“Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya,” katanya. - Agensi
loading...
(2 GAMBAR) Bayi ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu (2 GAMBAR) Bayi ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu Reviewed by Unknown on 3:03 am Rating: 5
Powered by Blogger.